Wednesday, February 29, 2012

Paris Main Attractions




Arc de Triomphe

Notre Dame

Disneyland

Disneyland

Eiffel Tower

Garden of Luxembourge

Musee de Louvre

Roland Garros Tennis Court


Avenue Des Champs-Elysees


The famous Champs-Elysees street, note the LV building..

Roundabout di hujung jalan..saja nak tunjuk bunga..

The bridge across Seine River, background is Eiffel Tower

Levi's Store @ Champs-Elysees
The ever-popular Arc de Triomphe



Konon2nya jalan ni dikatakan 'the famous shopping street in the world'..don't know how far it is true.  Tapi org memang ramai lah sgt.  Maklumlah ada LV boutique dan mcm2 lg.  Setakat ni tgk jelah dulu, lepas kumpul duit baru dpt beli kot..hehe.  Landmark yg popular of course Arc de Triomphe..mmg cantiklah arc ni.  Lepas jalan2 lalu kat park berdekatan, jumpa satu bridge merentasi Seine River yg boleh nampak Eiffel Tower, so lepak sekejap nak tgk sunset sebelah Eiffel Tower. Lepas tgk sunset, terus rushed ke masjid di St. Denis for maghrib prayer. After having Turkish kebabs for dinner, terus balik hotel.  Alhamdulillah.

Paris Courbevoie


Jalan sebelum sampai park

Basketball court 

Park with jogging path at the back

Balik dr park, jumpa pula kawasan playground..nice..

Fathi kata boring duduk kat hotel je.  Anak2 blm dpt enrol kat International School kat sini sbb husband blm dpt work permit.  InsyaAllah takde aral bln 4 ni dh dpt work permit bolehlah register.  
Selepas browse internet, Fathi dpt tahu ada satu park yg ada basketball court.  Ayahnya dah belikan bola lebih awal.  Rupa2nya Fathi dah pegi survey park tu yg agak jauh jgk drp hotel sebenarnya, about 15 to 20 minutes walking.  So, pagi sabtu lepas kami pun pegi nak ambik2 angin sambil hiburkan hati.  Jalan kaki 20 minit tak lah penat mana sbb beramai2.  Kalau sorang, ontahlah..den pun tak tau nak cakap.
Not bad jugak rupanya park tu, pokok2 yg gondol tu nampak cantik jgk..tunggu springtime memang sgt cantik rasanya sbb bunga2 semua akan keluar, atas bawah, depan belakang penuh dgn bungalah nanti.  Can't wait for spring..!

Fathi pulak, dah 3 hari ni pegi test skills kat park tu petang2..jumpa jgk la teenagers sebaya dia..ada yg nama Mustafa..boleh la belajar French dua tiga patah perkataan sambil2 guna English sikit2..Alhamdulillah.

Paris La Defense


La Defense landmarks

Grande Arche, one of the landmarks

Laluan depan Hotel Adagio, selang bbrp meter jumpa kedai Pakcik Gam.

Park sebelah Hotel Adagio, utk laluan ke Carrefour, Franprix atau kebab outlets



Ofis husband terletak dekat bangunan Technip La Defense which is not far from the Grande Arche.  Hotel yg kami stayed in November was right in the heart of La Defense (Frasers LaDefense), very nice, tp agak jauh dr kedai dan grocery stores.  So, bila dtg February ni kami tukar stay kat Hotel Adagio yg lebih dekat dgn kedai2.  To be exact, locationnya kat Kleber Courbevoie sebelah La Defense jugak.  Sini lebih selesa dan dekat dgn supermarkets dan kebab outlets.  Kedai runcit Pakcik Gam pun dekat.  Boleh kata tiap2 hari suruh Fathi pegi beli susu, jus dan air mineral kat sini.

Paris Saint Germain







Saint Germain adalah salah satu ancient cities berdekatan dgn Paris.  Byk chateaux (castles) yg cantik2.  Walaupun tak sesibuk Paris city centre, org tetap ramai masa weekends.  Tempatnya mmg cantik dan byk jgk branded goods kat sini.  Paling best bila husband beli sepasang Burberry watches yg sgt gorgeous..one for him, and one for me..Alhamdulillah.

Pizza & Black Pepper Beef





Last week buat ni.  Kat M'sia mmg selalu buat pizza sbb anak2 suka.  Sampai sini bila tgk cheese murah2 mmg geram lah kalau tak buat.  Tapi, ada satu masalah, hotel takde oven daa..camana tu?  Microwave mmg ada, ada grill function lagi.  So, dgn penuh tawakkal uli tepung sendiri utk buat pizza base.  Topping dah masak dah awal2.  Tak bubuh sausage or beef pepperoni, cuma bubuh minced/ground beef.  Kira oraitlah.  Lepas uli tepung, canai atas pinggan je..takde tray.  Tak kisahlah.  Letak topping, terus masuk dlm microwave. 5 minit guna function microwave, 5 minit guna function microwave + grill, dan 5 minit lg function microwave balik.  Tadaa...pizza jadi dgn cntik sekali dan anak2 pun ngap sekejap je.  Alhamdulillah.

Almost everyday jgk menu kari daging atau kambing..anak2 mcm muak jgk walaupun ayahnya mmg tersangat suka.  So, ubah selera buat la black pepper beef.  Resepi tak jauh beza dgn M'sia punya cuma tak dpt la bubuh kicap manis dgn sos tiram.  Jadi, pandai2lah asalkan ada black pepper kira jadilah tu..hehe.

Spaghetti goreng mamak





Husband requested nak makan mee goreng for lunch.  So, apa lagi dah takde mee kuning macam kat M'sia kenalah rebus spaghetti.  Hari tu dah buat pasta yg mcm riben/butterfly goreng mamak husband kata sedap..(tak sempat nak snap gambar dah abis..).  Lepas keluar shopping barang dapur kat Carrefour (about 5mins from the hotel), terus balik dan rebus spaghetti.  Tumis bawang sikit, masuk serbuk cili sikit sbb takde blended chillies then masukkan perencah nasi goreng bwk dr M'sia.  Sayur pun pakai carrot dgn kacang buncis sbb tu je yg sesuai. Manalah ada sawi kat sini..ternampak jugak taugeh kat St. Denis hari tu tp tak beli..mcm tak fresh je.  Then, masukkan udang fresh yg dah buang kulit.  Masuk garam, gula dan sikit je perencah sesedap rasa dr M'sia jgk. Rasa mcm dah ok.  Tak sabar tunggu husband balik lunch.
Bila husband makan..uii...bertambah2 dia..uishh..memang tak penat la masak kalau orang suka, suami tersayang plk tu.  Siap tanya bubuh apa sbb sedap sgt.  Bgtau kata pakai perencah nasi goreng dr M'sia, takkan nak sorok next time mgkin dia nak buat sendiri.  Apapun, spaghetti goreng  mamak ni habis sekelip mata je.
Alhamdulillah Ya Allah...

Tuesday, February 28, 2012

Ubi kayu rebus & goreng pisang






Ingatkan susah nak cari makanan orang melayu di Perancis, rupa2nya selepas buat trip ke Little India di Saint Denis, macam2 benda ada.  So, dapatlah kami shopped ubi kayu drp Costa Rica, cabai melaka atau cili api drp India dan pisang tanduk drp Brazil.Alhamdulillah rezeki Allah ada di mana2.
So, the next day bangun pg dgn penuh semangat nak siapkan breakfast ala Malaysia utk cik abang sebelum dia pegi kerja.  Alhamdulillah kemain suka lagi dia dgn cucuq pisang tu yg hanya gunakan all-purpose flour dgn sikit garam dan kunyit. Surprisingly, sedap bancuhan tepung tu dan sesuai sgt2 utk dibuat batter for fish n chips.Next time, insyaAllah.
Yang ubi kayu tu kurang lengkap sikit sbb tak cicah dgn nyok + gula + garam.  Kat kedai di Little India tu ada nyoq yg biji tp camana nak cukur atau sagat atau blend sbb blender takdak.  Takpa, next time again.
Last but not least, since cabai melaka pun ada, tengahari tu lunch dgn sup kambing cicah ayaq asam yg bubuh cabai melaka tu + belacan drp Melaka + jus lemon + kicap masin brand Maggi yg dibeli di sini. Not bad, cik abang memang suka.  Nak2 pula, kena dgn nasi daging yg menggunakan rempah nasi beriani Baba's juga drp Malaysia.

Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kami bersyukur...

Friday, February 24, 2012

Kakak's birthday treat


Sempena birthday kakak yg ke 10, hanya belanja kebab saja untuknya.  Niat di hati nak belikan kek tapi ayahnya pun kat ofis, so bawa dia orang 3 beradik ke Turkish Grill Istanbul yg terletak about 5 minute from the hotel.  Walaupun tak mewah tapi kakak mmg suka kebab ni sebenarnya. It is one of her favourites.
InsyaAllah next time bila ada kelapangan boleh pegi picnic dekat Eiffel Tower ke atau mana2 parks yg cantik dgn kek belated birthday utk kakak dan umi.  Birthday umi dan kakak selang seminggu saja so boleh share lah sambutannya.



Roti canai ala Paris


For me, the taste is simply yummier than the real roti canai at mamak stalls..




Ingatkan tak dapat rasa roti canai bila jauh di perantauan tapi alhamdulillah jumpa roti paratha ni pulak.  Available  di kedai2 halal di Saint Denis, roti paratha ni frozen jadi kena balik reheat atas kuali je dgn sikit minyak..mcm roti paratha brand Kawan yg available kat Malaysia.

Friday, February 17, 2012

Hadiah Birthday or Anniversary?



 




Sukanya hati bila husband balik dari office bwk balik sejambak bunga ni..oo..sempena birthday ke anniversary ni?  Memang suka sgt2 sbb sambut birthday dan anniversary serentak, di kota cinta yg penuh romantik plk tu.  Antara kami berdua rasanya husband mmg lebih romantik walaupun dia kelakar..kiranya romantik dlm lawak lah tu. 

TQ Darling, I luv u more each day..hehe..:)
  

La cusina (My kitchen)..


Ni nak tunjuk dapur kat hotel (Adagio Hotel, Paris La Defense) sementara kami stay kat sini for a month or two.  Tak besar dapurnya tapi mmg lengkap utk masak daily meals.  Pinggan mangkuk periuk semua cukup utk masak itu ini. Yang takde oven utk buat kek, microwave oven ada.  So, baking projects kena hold dulu lah buat sementara ni.  Actually mcm2 in mind nak cuba tp tggu duduk rumah sewa nnt boleh beli oven dan kelengkapan secukupnya.

Friday, February 10, 2012

Maryam's first day at SKDTK


Since belum upload gambar Maryam pegi sekolah kat Tambichik, here it is. This will be a memory sbb Maryam pun dah pindah.  InsyaAllah tahun depan jumpa lg kwn2 di SKDTK.