Tuesday, March 13, 2012

Cerita Karipap Cinta







First time buat kat Paris..rasanya ok lah..
2nd time buat kat Paris..syangaaattt syedapp...;)

Saja nak kongsi cerita pasal karipap yang memang dah lama tak buat sendiri.  Dah bertahun2 tak buat ni since zaman belum kawin dulu lagi, masa tu pun sebab tolong mak..hehe.  Tak pasti masa study kat States dulu pernah buat ke tak.  Seterusnya selepas tu memang dah tak buat lah lagi.  Bukannya apa, rasanya semua orang pun setuju, setakat nak makan dua tiga biji baik beli je.  Kat Masjid Tanah (oh, rindu MT..), ada satu gerai tepi jalan kat Taman Bandar Baru (fasa lama, lepas traffic light, berdekatan pasar) ada sorang mak anak murid ni jual goreng pisang dan karipap yang sungguh sedap.  Kata kakak tu, karipap tu orang lain yg buat, dia ambik komisen je tapi dia kata semua orang yang makan memang kata karipap tu sedap.  Alhamdulillah bila sedap dan senang nak beli (on the way balik rumah dr sekolah), jadi buat apa lah susah2 buat sendiri kan, yang tak tentu jadik ke idak.  Hehehe.

So,alkisahnya bila hujung minggu sebelum keluar pusing2 city centre dgn family, teringat ada byk kentang dlm fridge.  Serbuk kari pun banyak bwk dr M'sia.  Jadi, berbekalkan sikit ilmu yg bertahun2 dulu tgk mak buat karipap dan belajar SRT kat sekolah menengah, maka pagi tu dgn penuh semangat prepare inti karipap menggunakan ground/minced beef yg ada.  Then, uli pulak tepung.  Ajak anak dara dan anak bujang tolong bahagikan portion tepung supaya sama besar, canai dgn gunakan botol salad sauce dan kelim.  Husband plk tak sabar nak tolong goreng.  Bila menggoreng, tak sabar plk dia nak angkat. Jadi, tulah sebabnya karipap yang terhasil tu tak berapa nak garing.  Bila rasa, alhamdulillah boleh lah tahan.  Kira habis lah 2 pinggan.

Second time buat atas request husband.  Cuba ubah resepi sikit, kali ni guna daging betul bukan ground beef.  Yang specialnya guna pulak rempah kari ikan.  Memandangkan daun kari pun ada, so masuk sekali daun kari.  And the karipaps turned out to taste much better than the earlier ones made.  Alhamdulillah.  Husband puji berkali2..kembang la kami..hehe.  Satu lagi lupa nak mention, karipap kali kedua ni besaq2 gedabak la jugak sbb takdak org tolong..buat sorang2. Nak cepat siap, buat besaq2.  Mak selalu buat kue kalau nak cepat siap dia akan buat besaq2..hmm..rindu mak.  Kalau jual, tak buleh la 3 singgit, 2 singgit dah kira ok.  Jangan marah aa...;-)

So, betullah kata orang, masakan yang dibuat dengan penuh kasih sayang, di samping menyebut nama Allah dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w, insyaAllah akan menghasilkan kesedapan yang luarbiasa.  Sebab itulah karipap2 ni dinamakan Karipap-Karipap Cinta, khas utk suami dan anak2ku tersayang.








Monday, March 12, 2012

Kisah troli & recycle










Dah lama nak tulis tentang troli di Paris tapi susah jugak nak menulis..idea ada tapi tak tau nak mengarang supaya sedap dibaca.
Al-kisahnya masa mula2 sampai November 2011, dah dua tiga kali keluar beli barang runcit baru perasan orang2 sini (dikenali sebagai Parisians) mesti bawak troli.  Rupa2nya memang berguna sangat2 troli tu sebab taklah lenguh bahu dan tangan nak bawak groceries yg berat..orang Kedah kata, ghembiang barang berat banyak. Jadi, masa November tu sebab kami blm ada troli, bila beli groceries pun tak boleh beli banyak sangat pada satu masa, so keraplah nak kena pi kedai runcit atau supermarket utk barang dapur.  Dah la sejuk tak sangga masa tu, malas nak keluar.  Sekali beli air mineral dah 3 botol.  One good thing pasai air mineral ni harganya murah sgt2.  Ada yg dua posen je sebotol 1.5 liter, paling mahal pun yg Evian tu (air mineral dari Swiss Alps, atas gunung kan..) cuma lapan posen. Kalau kat M'sia, kat KLCC yg botol kecik dah rm8, kat KLIA yg kecik jgk rm10..kat kedai lain tak tau lah..mungkin empat lima ringgit la jgk kot.

Balik kepada cerita troli, jadi kami anak-beranak ingat bila datang semula Februari ni mesti kena beli troli. First time pegi Carrefour hari tu ternampak troli polkadot kat atas tu, harga 20euro..not bad, terus ambik.  Akak, adik dan abang terus senyum lebar sebab tak payah lagi ghembiang benda berat lepas ni.  Bila difikir2kan, kegunaan troli utk shopping di Paris bukan saja atas alasan barang berat, rupa2nya orang2 sini sangat mempraktikkan konsep 'recycling'.  Supermarkets macam Carrefour dan Franprix memang akan caj utk harga plastik bag yg kita nak (incase troli penuh atau lupa bawak)..they are doing this everyday.  Jadi, nak tak nak memang org akan bawak beg plastik sendiri bila beli barang dapur selain dari troli.  Kat Carrefour kira ok jgk, satu beg plastik 3 cents saja, kalau Franprix harga satu beg plastik 35 cents. Kan mahal tu, lebih baik recycle.  Kan. Kan. (Saya cikgu Sains, paham2 je ler..).

Jadi, jika ingin selamatkan bumi kita untuk anak cucu kita akan datang, marilah kita bawak beg plastik sendiri bila pi shopping ya.  Hehe..jangan marah. Yang saya tau, Jusco dah buat ni pd hari Sabtu tapi kita sanggup plk bayar utk beg plastik tu kan.  Saya pun pernah buat sbb lupa nak bwk beg shopping yg besar, mana nak muat dalam handbag.  Kedai baju FOS dan kedai buku Popular kat Jusco Bandar Melaka tu pun  buat macam tu. 

So, why wait, recycle now..!  Save our Earth.

Friday, March 2, 2012

Macaroni goreng & beef pepperoni pizza






Macaroni goreng tu utk breakfast sblm husband pegi kerja.  Udang takde so bubuh ground beef je.  Rasa ok jgk lah. Sayur plk just taruk carrot (again..), mushroom and corriander leaves. 

Anak2 dah jemu makan nasi, so buat plk pizza guna microwave for their lunch.  Topping special sikit kali ni, letak halal beef pepperoni dgn mozzarella cheese drp susu kerbau.  Cheese tu mmg imported from Italy.  Tgk ingredients dia takde yg mencurigakan, so belilah.  Alhamdulillah sedap, kejap je dah habis.