Tuesday, March 13, 2012

Cerita Karipap Cinta







First time buat kat Paris..rasanya ok lah..
2nd time buat kat Paris..syangaaattt syedapp...;)

Saja nak kongsi cerita pasal karipap yang memang dah lama tak buat sendiri.  Dah bertahun2 tak buat ni since zaman belum kawin dulu lagi, masa tu pun sebab tolong mak..hehe.  Tak pasti masa study kat States dulu pernah buat ke tak.  Seterusnya selepas tu memang dah tak buat lah lagi.  Bukannya apa, rasanya semua orang pun setuju, setakat nak makan dua tiga biji baik beli je.  Kat Masjid Tanah (oh, rindu MT..), ada satu gerai tepi jalan kat Taman Bandar Baru (fasa lama, lepas traffic light, berdekatan pasar) ada sorang mak anak murid ni jual goreng pisang dan karipap yang sungguh sedap.  Kata kakak tu, karipap tu orang lain yg buat, dia ambik komisen je tapi dia kata semua orang yang makan memang kata karipap tu sedap.  Alhamdulillah bila sedap dan senang nak beli (on the way balik rumah dr sekolah), jadi buat apa lah susah2 buat sendiri kan, yang tak tentu jadik ke idak.  Hehehe.

So,alkisahnya bila hujung minggu sebelum keluar pusing2 city centre dgn family, teringat ada byk kentang dlm fridge.  Serbuk kari pun banyak bwk dr M'sia.  Jadi, berbekalkan sikit ilmu yg bertahun2 dulu tgk mak buat karipap dan belajar SRT kat sekolah menengah, maka pagi tu dgn penuh semangat prepare inti karipap menggunakan ground/minced beef yg ada.  Then, uli pulak tepung.  Ajak anak dara dan anak bujang tolong bahagikan portion tepung supaya sama besar, canai dgn gunakan botol salad sauce dan kelim.  Husband plk tak sabar nak tolong goreng.  Bila menggoreng, tak sabar plk dia nak angkat. Jadi, tulah sebabnya karipap yang terhasil tu tak berapa nak garing.  Bila rasa, alhamdulillah boleh lah tahan.  Kira habis lah 2 pinggan.

Second time buat atas request husband.  Cuba ubah resepi sikit, kali ni guna daging betul bukan ground beef.  Yang specialnya guna pulak rempah kari ikan.  Memandangkan daun kari pun ada, so masuk sekali daun kari.  And the karipaps turned out to taste much better than the earlier ones made.  Alhamdulillah.  Husband puji berkali2..kembang la kami..hehe.  Satu lagi lupa nak mention, karipap kali kedua ni besaq2 gedabak la jugak sbb takdak org tolong..buat sorang2. Nak cepat siap, buat besaq2.  Mak selalu buat kue kalau nak cepat siap dia akan buat besaq2..hmm..rindu mak.  Kalau jual, tak buleh la 3 singgit, 2 singgit dah kira ok.  Jangan marah aa...;-)

So, betullah kata orang, masakan yang dibuat dengan penuh kasih sayang, di samping menyebut nama Allah dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w, insyaAllah akan menghasilkan kesedapan yang luarbiasa.  Sebab itulah karipap2 ni dinamakan Karipap-Karipap Cinta, khas utk suami dan anak2ku tersayang.








2 comments:

  1. Tabik springlah kak...nmpk pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu..bolehlah..dua2 kali buat pun habis..kira tak membazirlah..buat pun sebab sini takde dijual..

      Delete