Thursday, March 22, 2012

Snacks kegemaran keluarga

Assalamualaikum.  Ni saja nak cerita pasal jajan atau snacks yg jadi favourite keluarga kat sini.  

Biskut ni memang sedap dan sungguh rangup..masin2 lemak ada rasa butter yg sangat sedap.  Ni kira substitute kpd biskut Tiger yg famous kat M'sia tu lah tp version yg lebih sedap kot.  Favourite semua orang nih. 

Ni pulak yogurt fruit juice yg jadi favourite Fathi.  Mahal sikit yg ni, 3 euro kot.  Masam2 manis sangat sedap.  Nuttella sebelah tu depa suka buat spread atas roti..coklat dia sangat sedap..rasa macam Ferrero Rocher maa..drp brand ferrero jugak sebenarnya.  Sgt murah Nutella ni berbanding kat M'sia.

Hmm..yg ni top of my list..kat M'sia dpt dua scoop dgn waffle dah RM80 lebih beb.  Saya mmg suka flavour ni, butter pecan atau kat sini diorang tulis vanilla pecan.  Satu tub 500ml ni cuma 5euro, kalau convert baru rm20..boleh makan 5 orang..nyum..nyum..sedapnya Alhamdulillah..


Last but not least, Ferrero Rocher yg jadi kegemaran budak2 ni..beli yg pack ada 30 biji cuma 6euro.  Pastu umi kena hadkan limit takut diaorang buat mcm makan nasi.  Satu hari makan satu je..hehe..terer tak umi?  Catuan tu nak tertakluk kat ayah..(sbb ayah makan sesekali je..) Jadi, tahan lama sikit.  Yang Toffifee tu baru je rasa, sedap jgk dan lg murah drp Ferrero Rocher.  Kena beli lagi lah next time.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah limpahkan ke atas kita semua..







Saturday, March 17, 2012

Irish Potato Casserole






Assalamualaikum.  Lepas tengok Irish Potato Casserole kat Allrecipe.com memang teringin sgt nak buat ni sbb semua ingredients ada.  First of all kena sediakan kentang yg disagat/dipotong (2 cawan)  & bawang cincang ( 1 sudu teh je).  I guna lebih.

Bahan2 lain yg diperlukan adalah 1/2 cawan cheddar cheese, 1/2 cawan fresh milk, 1/2 cawan butter dicairkan, 2 biji telur (dipukul), 1 sudu teh garam dan 1/2 sudu teh serbuk paprika.  Kalau takde paprika boleh tukar cili serbuk, kurangkan kuantiti.
Mula2 pukul telur (basuh dulu ye telur tu) kemudian baru masukkan butter cair, kentang, garam dan paprika.  Kemudian tuang dalam bekas casserole yg bujur memanjang tu.  Kat hotel ni takde, so I pakai bowl je.  Kena lengser dgn butter dulu sikit casserole tu takut melekat.

Last sekali sebelum masuk oven, baru tuang 1/2 cawan susu kat atas

After 45min in the oven (I pakai microwave, 12 min), keluarkan.  Rupanya mcm ni.  For me, too oily, so kalau nak kurangkan butter boleh je.

Tabur chedar cheese seberapa byk yg suka, I pakai mozzarella cheese.

Lepas bbrp minit saja (microwave 5min)  keluarkan..cheese dah melted

Ready to be served.  For me, rasanya masin2 lemak sedap jgk la sbb ada susu, butter, kentang dan cheese..tp takleh makan byk sbb muak.  Resepi ni utk 6 orang sebenarnya.  Orang yg nak jaga badan dan kesihatan mungkin tak suka ni (byk lemak & kolestrol)..tapi sesekali takpe kan.  Macam biasa, masa masak tu jgn lupa sebut nama Allah dan selawat selalu.  Happy trying..!





Cucur Kentang






Suka jugak makan cucuq especially petang2..kalau cicah dengan kuah kacang utara style lagi la sedap.  Buat ni pun gara2 ada kentang dlm peti ais, juga utk breakfast husband sebelum pegi office.  

Ikutkan hati nak letak udang atau ikan bilis, daun kucai atau bawang dan taugeh.  Tapi semua tu takdak daa..so, dgn kreativiti yg agak ciput..hehe..tak berapa nak kreatif sebenarnya..maka bubuh lah saja kentang yang dipotong panjang dan nipis2, bawang, cili merah dan cili hijau.  Kalau ikut warna tu kira oklah..semua kaler ada..biru ja yang takdak..;-)..kang jadik nasi kerabu plk kang..

Alhamdulillah terhasillah cucuq bawang dan kentang ni..rasa boleh tahan lah.  Semua pakat suka..tapi mcm ada satu benda kureng sikit..hmm..betullah cicah dgn sos mana nak sama dgn cicah kuah kacang.  Takpa..takpa..next time akan buat kuah kacang plk..dah tgk dah kat kedai di Little India ada kacang tanah dan cili kering..kicap pun ada...insyaAllah boleh usahakan nanti.
 
Apapun, syukur alhamdulillah di atas kurniaan rezekiMu yang amat luas, Ya Allah..